Followers

Friday, April 1, 2011

PERDANA MENTERI DS NAJIB MELAWAT PULAU PINANG - LIM GUAN ENG PENING KEPALA

AIYAA!! LATUK NAJIB MAU MALI PENANG BESOK..... KEPALA PENING LOOO!!   

Besok (Sabtu, 2hb April) akan menjadi detik bersejarah bagi penduduk dan rakyat Pulau Pinang apabila Perdana Menteri Malaysia DSNTR akan berkunjung ke Pulau Pinang. Sebagai rakyat Pulau Pinang EPM sungguh terharu dengan kehadiran beliau ke Pulau Pinang kerana EPM dapat bersua muka secara dekat dengan beliau. 

Namun sebelum ketibaan Y.A.B DSNTR ke Pulau Pinang, kera-jaan pimpinan LGE telah mengarahkan sebanyak 70 kain rentang yang di gantung bagi mengalu-alukan kedatangannya ke Pulau Pinang di rampas. Tambah memeningkan kepala LGE ialah di fahamkan ribuan penduduk akan menyambut ketibaan Y.A.B DSNTR di lapangan terbang Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi. 

Sebaik tiba DSNTR akan memulakan "walkabout" dengan menemui  pemandu-pemandu teksi dan seterusnya membuat lawatan ke Pasar-Pasar di sini. acara kemuncak DSNTR di Pulau Pinang adalah menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat India pada sebelah petang dan kemudian beliau akan bertemu dengan rakan-rakan online dalam program "Mari berjumpa Berhubung" beliau di EQ sebelum menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang yang juga berlangsung di sana. 

***Apapun EPM mengucapkan " SELAMAT DATANG Y.A.B PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK KE PULAU MUTIARA".***

No comments:

Post a Comment