Followers

Thursday, December 22, 2011

HASSAN ALI - KEBERANIAN YANG TIADA SEMPADAN

Terlebih dahulu edisi ingin mengucapkan syabas kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato' Dr. Hassan Ali yang kini telah kembali kelandasan untuk menegakkan umat islam dari pada terus menyimpang. Edisi 'salute' kepada YBDrHA kerana kelantangan beliau dalam menegakkan syiar Islam tanpa meletakkan kepentingan politik sebagai nadi utama untuk tujuan tersebut.

Bermula dengan Isu Serbuan JAIS ke Gereja di Damasara beliau terus di tekan dengan teruk oleh kepimpinan Pakatan DAP,PKR,PAS yang mentadbir Negeri Selangor. Hari ini beliau semakin di hormati oleh kawan dan lawan akibat keberanian beliau dalam memperjuangkan agenda Islam dengan jalan yang benar dengan sokongan dari Ulamak dan juga beberapa ahli2 parti politik bawahan demi melihat Agama Islam di Malaysia ini terus subur tanpa sebarang gangguan dari pihak yang tidak senang melihat kejayaan umat islam.

Bagi Edisi keberanian YBDrHA harus di ikuti oleh pemipin2 Islam yang lain... Kepada Pemimpin UMNO,PAS dan Pemimpin Islam dalam PKR, Edisi merayu agar letakkanlah kepentingan politik ketepi seketika demi penyatuan umat islam DI BUMI TERCINTA INI...