Followers

Tuesday, January 11, 2011

TUKAR NORMAN: KJ ADA BERANI KA?



Skuad Edisi melihat akan kesinambungan daripada pertukaran 2 ketua pemuda negeri Selangor dan Perak yang di lakukan oleh YB Khairy Jamaludin kini semakin menular. Yang terbaru melibatkan kepimpinan Pemuda UMNO Pulau Pinang apabila sebahagian Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang terdapat di Pulau Pinang menolak Saudara Norman Zahalan yang di katakan "lembik' dan tidak agresif dalam merencana strategi untuk menawan kembali Pulau Pinang dari DAP lakhnatullah.

Penolakan ini juga menunjukkan bahawa Pemuda UMNO Pulau Pinang sudah berani untuk melawan arus dengan menolak orang kuat YBKJ yg di lihat sebagai satu tamparan dan amaran awal kepada YBKJ dalam memilih ketua yang benar-benar mampu memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pemuda Negeri.
Jika di nilai dari permulaan perlantikan Saudara Norman ini sudah cukup membuktikan pemilihan yang di buat oleh YBKJ adalah salah. Saudara Norman yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru memang amat di kenali sebagai orang kuat YBKJ namun pernahkah YBKJ terfikir bahawa seorang penganggur yang di lantik ini mampu untuk melaksanakan gerak kerja?

Sejak di pilih menjawat jawatan bermula dari 30hb April 2008, tidak banyak program yang di lakukan oleh beliau. Kalau adapun hanyalah program yang di buat di kawasan beliau, itu pun kalau tak silap pada tahun 2009. Skuad edisi juga ada mendengar Saudara Norman tidak membentangkan perbelanjaan untuk program tersebut yg di katakan menelan belanja hampir puluhan ribu ringgit.... Kemanakah nilai sebenar tersebut pergi?? Kenapa takut nak bentangkan?? Skuad edisi juga di fahamkan sepanjang tahun 2010 tidak ada satu pun program yang di laksanakan oleh beliau. Kalau ada pun hanya program tempelan seperti berdemonstrasi.
Skuad edisi juga di fahamkan bahawa Saudara Norman juga di tolak di peringkat Bahagian Bayan Baru. Jadi kalau di bahagian sendiri pun tidak mengiktiraf beliau kenapa YBKJ masih mahukan beliau?? 

Skuad edisi ingin menasihatkan YBKJ agar segera menukar Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, jangan tunggu sehingga pemuda UMNO yang ada di negeri Pulau Pinang lempar "taik" kat muka YBKJ baru nak tergedik2 tukar. Lagipun Saudara Norman bukanlah pemastautin Pulau Pinang. 

p/s kat YBKJ: Kalau pilih orang yang tak dak pelajaran macam mana nak merancang untk pembangunan.Takkan YBKJ nak jadi macam "Pak Mentua" kot... nanti orang perambat baru tau... kasi tukar ja...

p/s kat Norman: Kalau orang dah tak mau tu jangan la dok terhegeh2... Daripada hang terlingkup lagi baguih hang angkat kaki belah... pi duduk KL jaga "pungkok" bos hang si KJ tu... lagipun kalau hg balik penang buat semak ja....