Followers

Friday, April 1, 2011

BENARKAH UMNO TERLIBAT?


Pendedahan Video seks yang di katakan melibatkan Pemimpin Pembangkang membangkitkan banyak persoalan kepada rakyat. Ada yang mendakwa Video ini angkara kerja jahat yang di lakukan oleh UMNO. Mengapakah UMNO harus di persalahkan? Mungkin kerana penglibatan TSRTC didalam pendedahan tersebut? 

Kenapakah PERKASA tidak pula di persalahakan dalam pendedahan ini? EPM melihat isu ini adalah sengaja menjadi alasan bagi Pakatan Rakyat untuk terus menyerang UMNO/BN dalam memastikan mereka berjaya menakluk Putrajaya pada PRU - 13 nanti.

Sejak kebelakangan ini juga EPM melihat Pakatan Rakyat hanya mahu menuding jari kepada UMNO sahaja dengan setiap permasalahan yang melanda. Pakatan Rakyat tahu jika institusi UMNO lemah maka BN akan berkubur kerana UMNO adalah tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional. Seharusnya UMNO mesti mengelak untuk terjebak dengan sebarang bentuk permasalahan yang mampu memberi senjata kepada Pakatan Rakyat bagi menyerang kubu atau benteng pertahanan UMNO.

ketika ini Pakatan Rakyat sedang menghadapi pelbagai masalah di seluruh negeri yang di kuasai oleh mereka seperti di Kelantan yang di pimpin oleh PAS, masalah peniaga yang di paksa berpindah ke Bazar Tok Guru, Di Selangor melibatkan penyelewangan duit Yayasan Selangor, Di kedah pula dengan isu Menteri Besarnya dan di Pulau Pinang masalah yang melanda adalah peghapusan Etnik Melayu oleh Lim Guan Eng.

Di ketika segala permasalahan ini berlaku UMNO seharusnya di bantu oleh MCA,MIC, Gerakan dan Parti komponen yang lain untuk sama-sama berhadapan dengan cabaran yang melanda. 

Apa yang pasti pendedahan Video Seks pemimpin Pembangkang tidak akan membuatkan Pakatan Rakyat lemah sebaliknya mereka akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan undi simpati dari rakyat. Dan seharusnya TSRTC tidak perlu terlibat dalam pendedahan ini kerana ia secara tidak langsung memberi imej yang buruk kepada UMNO. 

Hari ini Ketua Polis Negara telah mengesahkan bahawa video seks yang di hantar itu adalah tulen. Jadi sama-sama kita tunggu kebenaran yang akan di jawab. 

*** EPM tahu UMNO tak akan terlibat dalam perkara bodoh macam ini... So UMNO kena buat kerja lebih kuat untuk menang PRU-13 nanti... jangan dok selesa sangat***

No comments:

Post a Comment