 |
Pejam mata sat... |
Kenyataan Tun Daim Zainuddin ( Bekas Menteri Kewangan )
Lima negeri dikuasai pembangkang dijangka dapat ditawan semula
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang pernah membuat ramalan bahawa Barisan Nasional (BN) Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bakal berdepan masalah sehingga negeri itu terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, kali ini meramalkan BN bakal menang pilihan raya negeri Sarawak.
Beliau menjangkakan BN mampu menang selesa dengan pembangkang menambah beberapa kerusi lagi. Ketika ini, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN Sarawak, manakala DAP (enam), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.
“Saya fikir BN mampu menang dengan majoriti selesa,” katanya menjawab soalan peserta pada program siri syarahan Tun Abdul Razak, bertajuk Politik Ekonomi Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia, di Universiti Tun Abdul Razak, di sini semalam.
Pada 2007 beliau membuat ramalan Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah akan menyertai Kelantan sebagai negeri pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Ramalannya menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang, tetapi Perak kembali kepada BN selepas ADUN pembangkang menyatakan sokongan kepada BN.
Dalam satu wawancara akhbar minggu lalu, Daim dilaporkan berkata BN akan mendapat keputusan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang berbanding 2008 kerana keadaan sudah berubah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.
Bekas Menteri Tugas-Tugas Khas itu secara peribadi turut berpendapat hasrat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk bersara daripada politik selepas pilihan raya adalah langkah baik kerana tiada pemimpin harus berkuasa untuk tempoh yang lama.
“Tiada seorang pemimpin pun yang sepatutnya ‘overstay’ cuba lihat apa yang berlaku kepada Mubarak (Presiden Mesir, Hosni Mubarak)... apa yang berlaku di Tunisia. Dia mesti tahu bila (untuk pergi). Jangan kata anda tidak boleh temui seorang pengganti. Bukan kita yang memutuskan untuk mencari pengganti, biar parti yang putuskan,” katanya.
Beliau menyuarakan rasa terkejut apabila dihentam oleh pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
Katanya, sebagai negara yang bebas dan mengamalkan sistem demokrasi, sewajarnya kenyataan itu diterima oleh semua pihak.
*** KENYATAAN INI DI LIHAT LEBIH BERSIFAT SEPERTI SYOK SENDIRI OLEH SEORANG BEKAS MENTERI. WALAUPUN RAMALAN BELIAU PADA TAHUN 2008 DI LIHAT TEPAT TETAPI SEMUANYA SECARA KEBETULAN. TRANSFORMASI YANG DI WAR-WARKAN OLEH UMNO/BN KINI MASIH DI PERINGKAT PERMULAAN ***
PERSOALAN DI SINI:-
1. KENAPAKAH TAIB MAHMUD MASIH NAK KEKAL SBG KM?
2. TIDAK ADAKAH PEMIMPIN YANG LAYAK SELAIN BELIAU?
3. BENARKAH BN/UMNO SEDANG MELALUI TRANSFORMASI?
KESIMPULAN DI ATAS ADALAH JELAS DI MANA KETIKA INI DI LIHAT HANYA UMNO SAHAJA YANG MELAKUKAN GERAK KERJA. DI MANAKAH MCA, GERAKAN, MIC DAN PARTI KOMPONEN LAIN?
APAPUN SELAMATKAN MALAYSIA DARI DI JAJAH......